amukan puaka

November 1st, 2008 by shellyshelly

malam raya pertama, lepas beraya+packing baju2 utk bawak balik muar, aku,qrissya,babah&yusri telah menyertai satu pertandingan “mercun siapa paling kuat serta menawan”. pertandingan ini telah disertai oleh 2 kumpulan.kumpulan pertama disertai oleh pailang2 seremban yang diketuai oleh bapak aku..hahaha..kumpulan kedua disertai oleh anak2 jiran belakang umah aku.jiji (adik aku yang lagi satu tak join sebab dia sibuk sangat bersms dengan satu perempuan..cisss).tengah sedap berbalas2 mercun, tetiba anak2 jiran aku tuh senyap pulak..tengah stand by nak bakar mercun la tuh..aku,qrissya+yusri sebab agak sengal menunggu que,terus main bunga api sambil bergambar dengan girang..babah pulak duduk denagn sabar&tengah berdebar2 menunggu balasan mercun anak2 jiran aku tuh..hahaha..tengah syok2 kitorang main bunga api, ada satu pakcik (jiran aku yang lain) keluar rumah dia dengan garangnya sambil hempas pintu terus pegi rumah jiran belakang umah aku tuh+terus marah anak2 jiran aku sebab bising main mercun..aku ingat pakcik tuh nak marah kitorang tapi sebab dia tengok kitorang main bunga api je terus dia masuk rumah dia..babah pulak bila dengar budak2 tuh kena marah terus amik penyapu terus buat2 sapu sampah..hahaha…gila kelakar tau tak..pastuh kan aku tengok anak2 jiran aku terus tutup lampu rumah+keadaan sekeliling sangatlah sunyi sepi sebab pakcik tuh dah bagi amukan puaka…cisssssss..tak seronok aaahh..bila keadaan dah sunyi..disebabkan kitorang pon seram dengan amukan puaka kitorang main bunga api je lepas tuh..gila tak best..bapak aku pulak meneruskan penyapuannya..hahah..bila masuk umah, babah kena bebel dengan mama pulak sebab bising main mercun..haha..

p/s: harap maaf..gambar2 spastik kitorg bermain mercun+gambar bapak aku buat2 menyapu tak boleh upload lagi..ada hal..esok2 ok..hehehe

raya ni….

November 1st, 2008 by shellyshelly

raya ni aku rasa pelik sbb first time aku beraya dengan laki aku…dah la dulu bestfriend,skung laki binila pulak..hahaha

raya nih agak menakutkan sbb first time aku masuk hospital..kena denggi pulak tu…

raya nih first time aku merasa naik ambulan ditambah pula bunyi siren yang agak gamat itu…tapi bila pikir2 balik cool jugak naik ambulan..hahaha..mentallah aku nih..

raya nih first time aku tak terkata apa bila aku nampak hantu kat toilet hospital…nih aku cerita lain kali…

raya nih first time aku pakai pampers masa kat hospital..tuh pon sbb aku asyik nak pitam every time pegi toilet..

raya nih first time aku berbogel dengan selambanya depan sume org sbb aku dah tak larat nak buat apa2..sume benda org lain buatkan..aku hanya terbaring kaku je kat katil spital..mandi pon laki aku dgn qrissya yang buatkan…

raya nih first time jugak aku naik wheelchair ditolak oleh laki aku yang sweet itu sambil mengamuk2+menangis2 sbb tak tahan sakit..hehehe

kasut raya

September 26th, 2008 by shellyshelly

aku stressssss..setiap kali nak beli kasut raya mesti tak ada saiz tau…gila sengal aahhh..bila aku suka je kasut tuh mesti tak ada saiz..ye aahhh..kalau saiz 9 mesti sume kedai kasut order 2 ke 3 pasang je tau….MEMANG KAT MESIA NIH 2,3 ORG JE YANG PAKAI SAIZ 9 KAN???menyampahnyaaaaaaaaaaaa….tadi aku terjumpa satu kasut yg amat seksi sebab kasut itu memaparkan cleavage yg sangat seksi (peep toe lahh dowh!)aku dah gila excited tau takkkkk..alih2 minah tuh boleh cakap,”iam so sorry..we dont have your size”hapa?hapa?senangnya ko ckp…dah beri harapan kat aku alih2 kata takda…huhuhuhu…nih bukan first time ok aku encounter masalah nak cari kasut..dari kecik tau tak..raya kalau tak berlinangan air mata sbb tak dpt saiz kasut aku mmg tak sah lah…takpa shelly..kuatkan semangat..esok kita cari lagi..hehehe

hadiah kahwin

September 9th, 2008 by shellyshelly

i got lots of presents (esp.lingerie..yusri loves them very much!oh,kinky!hohoho) during my solemnization ceremony.thanks very much people!iam so flattered..the present that my hubby&me will remember forever was when one of my gatal friends handed me a mallet+a box of condoms (written on the box is its brand- “PLAYSAFE”) the night before the solemnization ceremony…that is so funny man!i really really hope to play polo with you but the polo class will costs me a bomb..saya bukan anak datuk..harap maaf..no money, no polo!hehehe..i prefer go outride with you though..

 

p/s:i will invite all of you to my reception..insyaallah.friends,please please and please do not hate me because i didn’t invite you to my solemnization ceremony…everything was in a short notice..maybe i will tell u later..but now,i am married!can u believe that?but not me..hehehe..mind you,the reason why we get married is not because im pregnant ya?!iam soo not ready to be a mum. :P

malam konsert yang malap

March 15th, 2008 by shellyshelly

kepala aku ketika ini sedikit koo koo disebabkan oleh bahan-bahan ilmiah PTK yang maha tebal itu yang mana terpaksa aku hadap utk beberapa hari ini..nasib baik peperiksaan itu sudah berlalu.MERDEKA!untuk pengetahuan korang ptk = penilaian tahap kecekapan.ini wajib diambil oleh semua kakitangan kerajaan.konon-konon untuk kenaikan gred,gaji dan semuanyalah..tapi apakah makna cuti sekolah sekiranya aku hanya mengadap buku tanpa berhuha?baik takyah cuti macamni tauuuu..arghh..aku stress..rasa macam nak pegi cuci rambut jek lepas nih..isnin nih sekolah dah bukak baliklah pulak.. ;(

berbalik kepada cerita aku,minggu lepas punya jumaat la senang cerita,adik aku ajak pegi tengok HUJAN & beberapa band yang lain perform..i was like, wah!ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan..frankly speaking,macamana rupa ahli-ahli kumpulan HUJAN tu pon aku tak berapa tau..sebelum mereka popular di mainstream, pernah sepupu aku memaksa aku mendengar lagu mereka..aku pulak dengan berlagak berkata, "HUJAN?hoh!sapa nih?"

aku berpelakuan sebegitu bukannya apa..aku agak x boleh terima lagu-lagu kesukaan mamat itu..yelah..suka sangat suruh aku dengar britpop..pening kepala aku..yang aku paling tak tahan dia pernah suruh aku layan lagu-lagu sex pistol..arghh..gila peningla kepala aku..tapi aku suka dengan HUJAN sekarang sebab lagu-lagu diorg best..hehe

disebabkan adik aku yang membeli tiket, aku pon tak banyak hal,serious shit aku ingat pegi gig..aku dah bersiap-sedia untuk berhuha..tak sabar untuk melompat…yeay..tiba di sana aku melihat ramai peminat-peminat underground scene berada disana..gila grungelah mereka berpakaian..hehe..sudah lama aku tidak menggunakan ayat ini..grunge merupakan nickname yang diberikan oleh agus kepadaku..hehe..abaikan..itu cerita lain.adakah aku sudah tua?oh no..umurku sahaja banyak tetapi perangaiku tidak..hehe

bila masuk dalam aku nampak banyak kerusi tersusun..aku agak depress apabila melihat keadaan itu..MEMANG BOLEHKAN KITA NAK LAYAN LAGU bittersweet,oag,HUJAN,meet uncle hussain (ke hussein?ahh..blasah!),couple dan beberapa band lain yang aku malas nak tulis kat sini, DENGAN DUDUK SECARA BERSOPAN???!!!cousin aku lagi depress..dia boleh cakap,"cis…tadi aku ingat boleh raba awek-awek nanti…" hahaha..lupakanlah hasrat murnimu itu sepupuku..

then, i came to know, konsert yang aku ingat gig tadi adalah konsert charity utk clickachild.hoh!memanglah kena duduk secara aman dan bersopan..ingat boleh buat pogo..HARAM..hahaha..secara keseluruhan semua band best..diorng pulak saja je main lagu yg membuatkan ramai orang melonjak-lonjak kegembiraan sampai beberapa kali terpaksa ditenangkan oleh penganjur..haha..sapa suruh ko panggil band2 yang best perform..haaa..kan dah tak terkawal..yang paling best,radhi oag menjalar di atas lantai sambil menyanyi..kewl!aku pon nak menjalar jugakkkkkkkk…hehehe..

itulah sahaja pengalamanku dimusim cuti sekolah ini..sekian terima kasih.

p/s:sehingga ke saat ini,aku masih tidak dapat menghilangkan stress kerana terpaksa duduk dengan sopan ketika menyaksikan bittersweet membuat pertunjukan..stewpid…

go and eat shit!

March 6th, 2008 by shellyshelly

lately, my partner in bed, charlie the kucing membuat perangai..as if she knows that now she has to share me with mr man..haha..last monday night when i was talking to mr man, dengan selambanya dia berak di atas jalan..i was like, what has gone into you, charlie?minah nih tak berak merata-rata ok..kencing pon di dalam jamban..tinggal tak flush aja tau..amatlah civilized kucing ku ini..

my sister told me charlie is trying to tell us something..i was like, hapa ke message si charlie wanted to tell me lah kan..my sister, being si pengantara bahasa kucing, said, "charlie cakap –> thats for taking my shelly..go and eat shit yusri…" hahaha..sian mamat tu tau…gila possessive kucingku itu..but seriously, manalah tumpahnya tuan kalau tak ke kucingnya kan??haha..suka-suka aku je buat bidalan sendiri.. ;)

:(

February 18th, 2008 by shellyshelly

last friday night, one of my bestest friends met with an accident on the north-south expressway..she and her husband are slightly injured while her mother and her 4 months old baby died..the saddest thing is she does not have a clue that both of them died..i did not get the chance to pay my last respect to both of them as i reached her father’s house, the bodies were on the way to the crematorium…i was so devastated because last october is the last time i met her mother  when she gave birth at the hospital..i can’t hold back my tears when her sister told me, "sekarang mak pun dah tak ada…" i can’t imagine my friend’s reaction if she knows the real news because her father told her that her mother and her baby are in critical conditions..he can’t tell the truth because my friend is in unstable state of mind..she was shocked to see us there because from her face i can tell that, she was like, "why are you here?why are you sooo worried??my arm is fractured only what???" may they rest in peace…

cincin inikah?cincin itukah?

January 30th, 2008 by shellyshelly

pada hari ahad yang lalu, saya dan mr.man telah memulakan operasi kami mencari katil serta cincin perkahwinan kami.. ;) perburuan buah dada ataupun boobs hunting sudah lama tidak dilakukan kerana saya telah menemui jalan yang diredhai..hehe..sangat sangat memenatkanlah..saya sangat sangat suka cincin..TAPI, tidak pula kutahu bahawa memilih cincin merisik amatlah memeningkan…untuk mencari cincin kahwin lagilahhhhhhhhh penattttttttttttttttttttt!

saya menjadi saiko melihat cincin-cincin yang amatlah meruntun jiwa saya..haha..yelah..naik confused aku dengan diamond yang ada certificate la..yang tak ada certificatelah…sish…tapi, saya sangat suka sebab mr.man sangat sabar melayan kerenah saya..tapi saya tahu saya kena memilih cincin yang berada didalam bajet kami jikalau tidak saya tahu mr.man akan menggantung dirinya..hahaha…

si ben yang bekerja di kedai itu pun sangat sangat helpful jikalau hendak dibandingkan dengan minah(aku tak ingat nama dia) yang bekerja di cawangan di BVII yang sedikit haram perangainya…dahlah slang ntah hapahapa…nak sahaja kukatakan kepadanya, "i didnt know your father owns this shop.." huh!

tapikan..di dalam perjalanan pulang, saya teringat sesuatu..

me: heyyy..tadikan kita tak tengok pun cincin untuk you..sibuk cari cincin untuk i je…hehe..sorryyyyy (ehem..sangatlah self-centered cewekmu ini..haha)

mr.man: ala..tak apa..lain kali pun boleh cari…tapikan i sukalah tengok you pakai cincin yang tadi tuh..

hehehe..mind you, amatlah bersinar-sinar cincin itu di jari saya…hati saya juga bersinar-sinar melihatnya..*glee* tapikan..nak kena survey lagilah..mana tau ada yang cantik lagikan??mana tau kalau kalau ada yang lebih glitter lagikan??hehehe..saya harap mr.man tidak pengsan mendengarnya kerana semasa di kedai tadi saya telah memekak-mekak di telinganya dengan mengatakan, "i have found my ring!" sedangkan…….. ;p

punish the sin, love the sinner..boleh?

January 21st, 2008 by shellyshelly

great…another victim called me up sambil meraung-raung yesterday…mmm..apa lagi..cerita dipermainkan oleh kekasih hatilah..serious shit, aku rasa macam nak bukak tempat kaunseling untuk perempuan-perempuan yang dipermainkan oleh lelaki cintanya..peh!!ayat aku…haha..tapi baik kulupakan kerana masalah cinta aku juga tidak selesai disamping itu mak aku memang menyampah bila aku terjebak dengan kes-kes sebegini..

dia selalu cakap jangan menyibuk hal orang..ceh!bukan aku yang telepon diorang..diorang yang mintak advice aku okies…tapi kes kali ini serious shit aku tak bley setel..agak complicated bila aku membuat kajian terhadap latar belakang mamat ini sebab dia nih baik cuma kali ini dia tersilap percaturan (bak kata Faizal Tahir kerana separa bogel masa konsert 8tv, sila rujuk pancaindera ataupun metro keluaran lepas..aku tak pasti paper yang mana sebenarnya..haha)

cerita dia macam nih..kawan aku nih dah kapel dua taun lebey la dengan boifrennya itu..mamat nih memang decent habis la…semua orang memang suka boifren dia sebab dia baik and stuff..memang stok dibuat lakilah..nak dijadikan cerita, satu hari kawan aku nih tengok boifren dia punya telefon bimbit(ish..asal berbunyi jalang nih..geli pulak aku..haha..handphonelah)memang bolehla kan, boifren dia flirt-flirt dengan beberapa orang perempuan termasuk bini orang..i was like…WTF???dahla tak lama lagi ko nak bertunang & berkahwin dengan kawan aku..kawan aku tuh pulak dah la susah nak mampos hal kapel-mengkapel nih..alih2 ko buat dia mcmni pulak..

bila kawan aku ngamok-ngamok, dia cakap,"i main-main jelah..i tension time tuh..saja suka-suka layan diorang.." hapa????suka-suka???memang kawan aku tertawa riangkan bila baca sms-sms ko tuh..ko pikir ko punya tension je..kawan aku yang dah tahap depression bila baca sms ko tuh ko tak pikir pulak???pastuh bila kawan aku tanya, "who am i to you?" pandai pulak mamat tu menjawab dengan konpidennya, "my girlfrenlah!" then, what the hell are you doing this to my fren????diakan gf ko..ko menggatal dengan dia sudahlah..sish..

mind you guys, ni bukanlah perempuan yang pertama dia flirt-flirt..before this pon ada, tapi kawan aku nih malas nak memberi amokan puaka sebab dia ingat hanya "flirt biasa-biasa aja" sebab lelaki memang suka buat benda-benda macam nih..normal apa..tapi kali ini those smses yang mamat nih hantar kat pompuan2 gersang itu amatlah melampau dan kurasakan tidak perlulah kutulis di sini sebab hati aku pulak yang menjadi sakit bila mendengar ayat-ayat flirt yang maha "indah" itu yang mana menyebabkan kawan aku hampir nak ambil anti-depressant

masalahnya sekarang, kawan aku nih dah macam saiko skung nih sebab memendam perasaan even though she forgave him selepas puas membuat penderaan mental terhadap boifrennya itu..tak tidur malam mamat tuh member aku kerjakan…but still, selepas dapat membalas dendam, kawan aku pulak sangat tertekan jiwanya sebab setiap kali tengok muka boifrennya itu, akan terpampanglah segala sms-sms gatal itu kat muka mamat tuh..siankan kawan aku?

skung nih dia macam bermuka-muka pulak bila ngedate dengan mamat tuh sebab shes stuck in the middle..dalam "panas-panas" hati shes still in love with him after what he has done to her..awwww…how pathetic..memangla sms-sms je tapi sms-sms pon amat menghiris perasaan tahu?walaupun intention lelaki itu hanyalah untuk berfoya-foya..dan aku masih tak faham adakah kepuasan maksima dapat dicapai jika kita flirt melalui sms?ok..esok akan kucuba untuk mendapat kepuasan itu..MACAM HARAM!haha..

nasihat ku kepada kawanku itu ialah –> punish the sin, love the sinner lah yang..iyalah..dah you still sayang kat dia..apalagi yang boleh kukatakan kerna aku juga agak terkasima bila mengetahui kisah cinta mereka ini sebab sumpah aku tak caya lelaki sedecent itu boleh buat perangai sebegini…mmmm..lagipon minah nih sayang lagi kat mamat nih..put yourself in her shoeslah korang..adakah berbaloi untuk memutuskan sesebuah perhubungan hanya semata-mata sms-sms yang jalang itu?serious aku tak boleh jawab..lagipun lelaki nih hanya menggatal melalui sms..jadi kawan-kawan, wajarkah kawan aku ini memaafkan boifrennya yang sengal itu?

jadi kalau korang boleh membantu, sila memberikan komen-komen anda yang bernas itu..aku kasihan pada kawanku ini..babe, jangan risau..i takkan reveal nama you ok…

p/s: memang boleh kawan aku yang aritu, nak kawin pulak dengan boifrennya yang ntah hapa-hapa itu…memang aku tak layak jadi kaunselor..hoh!

p/s p/s: aku tak puas hati faizal tahir kena gam..kesianlah dia..memanglah dia dah ter"bukak" baju dia..sound sikit-sikit cukuplah..takyahla nak tahan duit royalti la hapalah..banyak lagi hapa artis malaysia berbogel..rileks je diorang..takda pon kena gam segala..unfair!faizal, aku suka kamu walaupun kamu separa bogel!haha..

lagu bodoh….

January 15th, 2008 by shellyshelly

korang pernah tak "terhafal" lagu-lagu seperti lagu-lagu dangdut yang dinyanyikan oleh amelina ataupun inul ataupun rock leleh yang dimainkan oleh spoon mahupun slam dan yang sekaum dengannya tanpa kerelaan korang??ooohhh…yang paling best kalau lagu-lagu sebegini berkumandang sewaktu kamu berada didalam situasi yang genting seperti menjawab soalan peperiksaan kertas visual basic ataupon financial management (didapati kekerapan untuk gagal bagi kertas-kertas ini adalah sangat tinggi)..ini sangat mendera sanubari saya…huhuhu..perkara ini sering terjadi kepada saya sejak saya di bangku sekolah menengah lagi tahu..

sebagai contoh, ketika sedang kusyuk menjawab kertas bahasa inggeris bagi guru-guru bahasa inggeris semalaysia tidak lama dahulu, secara tiba-tiba lagu "memori daun pisang " oleh amelina&iwan berkumandang di kepala saya dengan riangnya dari mula sehingga akhir…apakah signifikasi lagu amelina dengan cloze passage yang harus saya selesaikan amatlah tidak saya memahaminya…saya sangat stress kerana suka terhafal lagu-lagu yang saya benci..

hari ini saya sangat tertekan dengan murid-murid saya..didapati hampir 5 buah beg sekolah telah berterbangan di luar kelas..sapa suruh korang degil tak mo dengar cakap aku..nasib baik tak kulempar kamu sahaja..dahla tak boleh rotan skung nih.. :( ketika memberi amokan puaka didalam kelas, tiba-tiba lagu m.daun kilau berkumandang dikepala saya..tajuknya tidak berapa saya ingati…arghhhhh..sangat tertekan…bukan itu sahaja, tergambar juga di kotak fikiran saya aksi-aksi sepupu saya bergelek semasa sesi karaoke kami yang lalu..hahaha…*nama sepupu saya itu tidak boleh disiarkan diatas sebab-sebab yang tertentu* :)

anda ingin tahu lagu apa yang bernyanyi-nyanyi dengan kuatnya di dalam kepala saya sekarang??? jawapannya lagu ‘larut’ oleh dewa..hehehe..tapi saya tidak stress ataupun marah kerana saya sangat suka lagu ini walaupun satu ketika dahulu saya amat membenci lagu ini.. ;p wahhhh..hatiku berbunga riangggggggg……