CICO
Saturday, December 24th, 2005pada suatu hari saya telah melibatkan diri dalam satu projek kolej semasa di universiti..tidak perlulah saya sebutkan nama kolej itu..ini adalah kerana kolej itu dipenuhi dengan budak- budak lelaki yang narrow minded..tak best langsung..ada di antara mereka saya panggil penyapu..ahh..tidak perlulah saya mengungkit kisah yang lalu..saya hendak menceritakan bagaimana saya boleh terjebak meminati cico..ini infatuation tahu..jika anda semua tidak kenal cico, tidak mengapa..asalkan saya sendiri mengingati dirinya adalah lebih penting..hohohoho…
ceritanya bermula begini, pada hari projek itu dijalankan, semua ad- hoc berpeluang memilih no cabutan bertuah dengan membawa harapan bahawa no yang dipilih akan memberi tuah kepada tuannya..seorang senior bertanya,"woi..ko nak nombor apa?"..saya dengan selamba memilih no dlm mangkuk.."aku nak no 7 ni la"..saya memilih no 7 sebab saya sangat mencintai eric cantona..walaupun dia suka menendang orang semasa di padang, tapi saya pedulik hapa…saya tetap mencintai dirinya sepenuh jiwa dan raga.
tidak lama kemudian, acara pon bermula..artis- artis "hebat" mesia pon tiba..konon2nya dapat memeriahkan acara kolej ini..entah projek apa aku pon tak ingat…semasa cabutan bertuah dijalankan, tiba2 hati saya berdebar2..entah mengapa saya berkata,"weh…kalu diorg panggil no aku ko buat deq je tau"..saya berkata sedemikian kerana semua org yang menang cabutan bertuah dipaksa menyanyi, berlakon ataupun menari oleh cico & rosyam nor..
tiba- tiba…….
"no 7….no 7…no 7….sila naik ke pentas untuk menerima hadiah,"cico berkata sambil tersenyum-senyum…
damn!!!!
saya taknak bangun tapi sume org memandang ke arah saya.."No 7 kat sini lah"..kurang ajar punya kawan!!!!sebab saya dipaksa naik saya pon naikla atas pentas..bila diatas pentas rosyam nor bertanya, "awak suka saya tak?".hoh?!oleh kerana pada ketika itu saya mmg tak suka hero cerita melayu, saya terus berkata dengan sinisnya, "TAK?!"..hahahahaa..merah padam mukanya..lor..mmg aku x suka, nak buat mcmana kan?!itu dulula..skung ok je…no offence, yer?
sbb dia dah x tau nak tanya aku apa, dia tanya,"awak suka cico tak?"..nak tahu jwpn saya?saya kata "SUKA"..omigod!!!gila ke aku nih.getik tuh..cico dah malu2 disitu.kemudian dia tanya pulak,"apa yang awak suka pada cico?"..
"BODY dia….."
ohmigod..ohmigod..ohmigod..dah hilang akal agaknya aku nih.i dun know what get into me…sebenarnya aku nak ckp silver bracelet dia…aku mmg suka ckp lain, tp dlm hati ckp lain.Ex aku paham benar perangai aku nih..uji rashid pulak menjeling2 macam dlm ibu mertuaku..macam nak makan aku..damn…MMG AKU MINAT GILA KAT ANAK KAU KAN!!!cico dah x tentu arah dah time tuh..aku rasa mcm nak tanam muka dlm tanah je time tuh…huhuhuhu…malu seratus tahun tuhhhh……….
lepas sesi soal jawab yg bodoh tuh, ada ke patut cico suruh aku berdansa kat atas stage tuh..apa kelas atas stage kolej..kalu kat dance floor ok jugak..aku buat2 mcm kayu..mamat tuh dah tensen…yg aku buat gerak kiri kanan..tepuk2 tangan sambil die nyanyi2…sampai satu part, die stop nyanyi & tanya aku, "eh..itu aja ke yg awak boleh buat?"ahahahahaha….dulik hapa aku..tanak aku memalukan diri sendrik…lepas dah abih nyanyi, die kasik aku hadiah…
mlm tu ada lagi prog…artis yg sama jugak dtg…adala makan2 utk artis tuh…aku pulak jr..biasala senior2 buli kan..aku kemas2 le pinggan2 tuh..memang boleh cico lepak kat situh…bila aku kluar je dr bilik tuh, kat depan bebudak lain die ckp,"nilah dancing partner saya…"ahahahahhah…kelakar gila…mmg aku menari sakan atas stage tadi KAN???lepas tuh entah macamana aku pon suka la kat mamat tuh.agaknya dari mata turun ke hati kot?!infatuation laaa…ahahahhaha..ada TOMBOY tuh siap mintak no tepon cico…TAKDE KEJADAHNYA AKU…
nak dijadikan cerita, satu mlm member aku ajak aku gi modesto chinois.baru bukak..time tu modesto forum dah tutup..damn.bosan gila..kata baru bukak…mestila pegi…rugi woo…ni masa zaman kegelapan ok…skung aku dah berada di zaman keterangan dah…ahahahhaha..sedang saya bersuka-ria bersama- sama dengan rakan seangkatan saya di lantai tari, saya nampak ada sepasang mata melihat saya..saya buat bersahaja..yelah..kat situ dipenuhi oleh mat rempit yang mempunyai ketiak yang sangat busuk…sudahla tidak menawan..terhegeh- hegeh serta menggelupur pula…
makin lama makin dekat mata sepasang itu dengan saya..saya terus pelik..asal macam kenal jejaka itu.kawan aku ker..mamat ni fac mana ahh..saya terkasima…MMG BOLEH?!cico tuh…boleh tak dia tersenyum2…alamak…kantoila pulak aku….eheheheheh…saya terus menarik rakan saya dan terus mahu pulang..kawan saya sangat meradang kerana ketika itu lagu kegemarannya berkumandang…apa aaa tajuk die lupa..ala yg pasal shake ur ass tuh la…
bila saya keluar, cico pon ikot sekali…saya terus bergerak ke kereta dengan laju…dan terus memandu dengan laju…lepas itu saya pon tidak tahu apa yang telah terjadi..ahahahahahahha…sekian la imbasan kenangan saya bersama-sama cico…..
