Archive for January, 2008

cincin inikah?cincin itukah?

Wednesday, January 30th, 2008

pada hari ahad yang lalu, saya dan mr.man telah memulakan operasi kami mencari katil serta cincin perkahwinan kami.. ;) perburuan buah dada ataupun boobs hunting sudah lama tidak dilakukan kerana saya telah menemui jalan yang diredhai..hehe..sangat sangat memenatkanlah..saya sangat sangat suka cincin..TAPI, tidak pula kutahu bahawa memilih cincin merisik amatlah memeningkan…untuk mencari cincin kahwin lagilahhhhhhhhh penattttttttttttttttttttt!

saya menjadi saiko melihat cincin-cincin yang amatlah meruntun jiwa saya..haha..yelah..naik confused aku dengan diamond yang ada certificate la..yang tak ada certificatelah…sish…tapi, saya sangat suka sebab mr.man sangat sabar melayan kerenah saya..tapi saya tahu saya kena memilih cincin yang berada didalam bajet kami jikalau tidak saya tahu mr.man akan menggantung dirinya..hahaha…

si ben yang bekerja di kedai itu pun sangat sangat helpful jikalau hendak dibandingkan dengan minah(aku tak ingat nama dia) yang bekerja di cawangan di BVII yang sedikit haram perangainya…dahlah slang ntah hapahapa…nak sahaja kukatakan kepadanya, "i didnt know your father owns this shop.." huh!

tapikan..di dalam perjalanan pulang, saya teringat sesuatu..

me: heyyy..tadikan kita tak tengok pun cincin untuk you..sibuk cari cincin untuk i je…hehe..sorryyyyy (ehem..sangatlah self-centered cewekmu ini..haha)

mr.man: ala..tak apa..lain kali pun boleh cari…tapikan i sukalah tengok you pakai cincin yang tadi tuh..

hehehe..mind you, amatlah bersinar-sinar cincin itu di jari saya…hati saya juga bersinar-sinar melihatnya..*glee* tapikan..nak kena survey lagilah..mana tau ada yang cantik lagikan??mana tau kalau kalau ada yang lebih glitter lagikan??hehehe..saya harap mr.man tidak pengsan mendengarnya kerana semasa di kedai tadi saya telah memekak-mekak di telinganya dengan mengatakan, "i have found my ring!" sedangkan…….. ;p

punish the sin, love the sinner..boleh?

Monday, January 21st, 2008

great…another victim called me up sambil meraung-raung yesterday…mmm..apa lagi..cerita dipermainkan oleh kekasih hatilah..serious shit, aku rasa macam nak bukak tempat kaunseling untuk perempuan-perempuan yang dipermainkan oleh lelaki cintanya..peh!!ayat aku…haha..tapi baik kulupakan kerana masalah cinta aku juga tidak selesai disamping itu mak aku memang menyampah bila aku terjebak dengan kes-kes sebegini..

dia selalu cakap jangan menyibuk hal orang..ceh!bukan aku yang telepon diorang..diorang yang mintak advice aku okies…tapi kes kali ini serious shit aku tak bley setel..agak complicated bila aku membuat kajian terhadap latar belakang mamat ini sebab dia nih baik cuma kali ini dia tersilap percaturan (bak kata Faizal Tahir kerana separa bogel masa konsert 8tv, sila rujuk pancaindera ataupun metro keluaran lepas..aku tak pasti paper yang mana sebenarnya..haha)

cerita dia macam nih..kawan aku nih dah kapel dua taun lebey la dengan boifrennya itu..mamat nih memang decent habis la…semua orang memang suka boifren dia sebab dia baik and stuff..memang stok dibuat lakilah..nak dijadikan cerita, satu hari kawan aku nih tengok boifren dia punya telefon bimbit(ish..asal berbunyi jalang nih..geli pulak aku..haha..handphonelah)memang bolehla kan, boifren dia flirt-flirt dengan beberapa orang perempuan termasuk bini orang..i was like…WTF???dahla tak lama lagi ko nak bertunang & berkahwin dengan kawan aku..kawan aku tuh pulak dah la susah nak mampos hal kapel-mengkapel nih..alih2 ko buat dia mcmni pulak..

bila kawan aku ngamok-ngamok, dia cakap,"i main-main jelah..i tension time tuh..saja suka-suka layan diorang.." hapa????suka-suka???memang kawan aku tertawa riangkan bila baca sms-sms ko tuh..ko pikir ko punya tension je..kawan aku yang dah tahap depression bila baca sms ko tuh ko tak pikir pulak???pastuh bila kawan aku tanya, "who am i to you?" pandai pulak mamat tu menjawab dengan konpidennya, "my girlfrenlah!" then, what the hell are you doing this to my fren????diakan gf ko..ko menggatal dengan dia sudahlah..sish..

mind you guys, ni bukanlah perempuan yang pertama dia flirt-flirt..before this pon ada, tapi kawan aku nih malas nak memberi amokan puaka sebab dia ingat hanya "flirt biasa-biasa aja" sebab lelaki memang suka buat benda-benda macam nih..normal apa..tapi kali ini those smses yang mamat nih hantar kat pompuan2 gersang itu amatlah melampau dan kurasakan tidak perlulah kutulis di sini sebab hati aku pulak yang menjadi sakit bila mendengar ayat-ayat flirt yang maha "indah" itu yang mana menyebabkan kawan aku hampir nak ambil anti-depressant

masalahnya sekarang, kawan aku nih dah macam saiko skung nih sebab memendam perasaan even though she forgave him selepas puas membuat penderaan mental terhadap boifrennya itu..tak tidur malam mamat tuh member aku kerjakan…but still, selepas dapat membalas dendam, kawan aku pulak sangat tertekan jiwanya sebab setiap kali tengok muka boifrennya itu, akan terpampanglah segala sms-sms gatal itu kat muka mamat tuh..siankan kawan aku?

skung nih dia macam bermuka-muka pulak bila ngedate dengan mamat tuh sebab shes stuck in the middle..dalam "panas-panas" hati shes still in love with him after what he has done to her..awwww…how pathetic..memangla sms-sms je tapi sms-sms pon amat menghiris perasaan tahu?walaupun intention lelaki itu hanyalah untuk berfoya-foya..dan aku masih tak faham adakah kepuasan maksima dapat dicapai jika kita flirt melalui sms?ok..esok akan kucuba untuk mendapat kepuasan itu..MACAM HARAM!haha..

nasihat ku kepada kawanku itu ialah –> punish the sin, love the sinner lah yang..iyalah..dah you still sayang kat dia..apalagi yang boleh kukatakan kerna aku juga agak terkasima bila mengetahui kisah cinta mereka ini sebab sumpah aku tak caya lelaki sedecent itu boleh buat perangai sebegini…mmmm..lagipon minah nih sayang lagi kat mamat nih..put yourself in her shoeslah korang..adakah berbaloi untuk memutuskan sesebuah perhubungan hanya semata-mata sms-sms yang jalang itu?serious aku tak boleh jawab..lagipun lelaki nih hanya menggatal melalui sms..jadi kawan-kawan, wajarkah kawan aku ini memaafkan boifrennya yang sengal itu?

jadi kalau korang boleh membantu, sila memberikan komen-komen anda yang bernas itu..aku kasihan pada kawanku ini..babe, jangan risau..i takkan reveal nama you ok…

p/s: memang boleh kawan aku yang aritu, nak kawin pulak dengan boifrennya yang ntah hapa-hapa itu…memang aku tak layak jadi kaunselor..hoh!

p/s p/s: aku tak puas hati faizal tahir kena gam..kesianlah dia..memanglah dia dah ter"bukak" baju dia..sound sikit-sikit cukuplah..takyahla nak tahan duit royalti la hapalah..banyak lagi hapa artis malaysia berbogel..rileks je diorang..takda pon kena gam segala..unfair!faizal, aku suka kamu walaupun kamu separa bogel!haha..

lagu bodoh….

Tuesday, January 15th, 2008

korang pernah tak "terhafal" lagu-lagu seperti lagu-lagu dangdut yang dinyanyikan oleh amelina ataupun inul ataupun rock leleh yang dimainkan oleh spoon mahupun slam dan yang sekaum dengannya tanpa kerelaan korang??ooohhh…yang paling best kalau lagu-lagu sebegini berkumandang sewaktu kamu berada didalam situasi yang genting seperti menjawab soalan peperiksaan kertas visual basic ataupon financial management (didapati kekerapan untuk gagal bagi kertas-kertas ini adalah sangat tinggi)..ini sangat mendera sanubari saya…huhuhu..perkara ini sering terjadi kepada saya sejak saya di bangku sekolah menengah lagi tahu..

sebagai contoh, ketika sedang kusyuk menjawab kertas bahasa inggeris bagi guru-guru bahasa inggeris semalaysia tidak lama dahulu, secara tiba-tiba lagu "memori daun pisang " oleh amelina&iwan berkumandang di kepala saya dengan riangnya dari mula sehingga akhir…apakah signifikasi lagu amelina dengan cloze passage yang harus saya selesaikan amatlah tidak saya memahaminya…saya sangat stress kerana suka terhafal lagu-lagu yang saya benci..

hari ini saya sangat tertekan dengan murid-murid saya..didapati hampir 5 buah beg sekolah telah berterbangan di luar kelas..sapa suruh korang degil tak mo dengar cakap aku..nasib baik tak kulempar kamu sahaja..dahla tak boleh rotan skung nih.. :( ketika memberi amokan puaka didalam kelas, tiba-tiba lagu m.daun kilau berkumandang dikepala saya..tajuknya tidak berapa saya ingati…arghhhhh..sangat tertekan…bukan itu sahaja, tergambar juga di kotak fikiran saya aksi-aksi sepupu saya bergelek semasa sesi karaoke kami yang lalu..hahaha…*nama sepupu saya itu tidak boleh disiarkan diatas sebab-sebab yang tertentu* :)

anda ingin tahu lagu apa yang bernyanyi-nyanyi dengan kuatnya di dalam kepala saya sekarang??? jawapannya lagu ‘larut’ oleh dewa..hehehe..tapi saya tidak stress ataupun marah kerana saya sangat suka lagu ini walaupun satu ketika dahulu saya amat membenci lagu ini.. ;p wahhhh..hatiku berbunga riangggggggg……

my unstable state-of-mind

Friday, January 11th, 2008

a few days back, mr man went to the funeral of his ex-fiancee’s dad..my reaction?i was soooo damn jealous..yesss…u can call me psychotic plus idiotic person, but hell no..i dun give a hoot what u think about me..i know he’s got nothing to do with her anymore, but i can’t help it ok?!furthermore, its a woman thing la dey..perempuan mana lah tak jeles kalau boifren dia pegi berjumpa dengan bekas tunangannya (x-tunang tuh kalau x-gf takpe lagi)tak kiralah apa urusan walaupun di tanah perkuburan..thanks to my ex for making me having this ridiculous inferiority complex..only god knows what i have been through..no need to explain what happen between me and my ex, the damage has been done..i pity mr man because he has to deal with my kegilaan and he is such a sweet man for being true to me..babe, i love you lots!! (iyerrr..under,silalah muntah!hahaha ..) omigod..seriously i need professional help!!!any shrink that can tolerate with my kegilaan? :(

p/s: to mr. man’s ex-fiancee, if u happen to read this,sorry to hear about your dad and do forgive me..i have nothing against u girl..as i said before, it is because of my inferiority complex…gilalah shelly….