lagu bodoh….

korang pernah tak "terhafal" lagu-lagu seperti lagu-lagu dangdut yang dinyanyikan oleh amelina ataupun inul ataupun rock leleh yang dimainkan oleh spoon mahupun slam dan yang sekaum dengannya tanpa kerelaan korang??ooohhh…yang paling best kalau lagu-lagu sebegini berkumandang sewaktu kamu berada didalam situasi yang genting seperti menjawab soalan peperiksaan kertas visual basic ataupon financial management (didapati kekerapan untuk gagal bagi kertas-kertas ini adalah sangat tinggi)..ini sangat mendera sanubari saya…huhuhu..perkara ini sering terjadi kepada saya sejak saya di bangku sekolah menengah lagi tahu..

sebagai contoh, ketika sedang kusyuk menjawab kertas bahasa inggeris bagi guru-guru bahasa inggeris semalaysia tidak lama dahulu, secara tiba-tiba lagu "memori daun pisang " oleh amelina&iwan berkumandang di kepala saya dengan riangnya dari mula sehingga akhir…apakah signifikasi lagu amelina dengan cloze passage yang harus saya selesaikan amatlah tidak saya memahaminya…saya sangat stress kerana suka terhafal lagu-lagu yang saya benci..

hari ini saya sangat tertekan dengan murid-murid saya..didapati hampir 5 buah beg sekolah telah berterbangan di luar kelas..sapa suruh korang degil tak mo dengar cakap aku..nasib baik tak kulempar kamu sahaja..dahla tak boleh rotan skung nih.. :( ketika memberi amokan puaka didalam kelas, tiba-tiba lagu m.daun kilau berkumandang dikepala saya..tajuknya tidak berapa saya ingati…arghhhhh..sangat tertekan…bukan itu sahaja, tergambar juga di kotak fikiran saya aksi-aksi sepupu saya bergelek semasa sesi karaoke kami yang lalu..hahaha…*nama sepupu saya itu tidak boleh disiarkan diatas sebab-sebab yang tertentu* :)

anda ingin tahu lagu apa yang bernyanyi-nyanyi dengan kuatnya di dalam kepala saya sekarang??? jawapannya lagu ‘larut’ oleh dewa..hehehe..tapi saya tidak stress ataupun marah kerana saya sangat suka lagu ini walaupun satu ketika dahulu saya amat membenci lagu ini.. ;p wahhhh..hatiku berbunga riangggggggg……

2 Responses to “lagu bodoh….”

  1. chics Says:

    getikkkkk!! tapi aku pon suke lagu tuu

    mcm chentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan?:P

  2. ieNa AmOi Says:

    ahahaha…tak penah plak aku terngiang2 lagu dangdut…lawaklah ko nih shelly. ehehehe

Leave a Reply